Hi there , its me 💖
![]() Heyy thanks for the reading ♡ ![]() Credits
Edited By Nayli Izzati Others ♡ ![]()
| my kuiz personality on Sunday, 29 September 2013 @ 03:31
Anda Penyelaras (Harmonizer)Anda bertimbang rasa dan bijaksana, tidak lokek dengan masa dan tenaga anda dan paling gembira apabila semua orang serasi bersama. Anda sering mendahulukan keperluan orang lain sebelum diri anda dan mendapatinya mudah untuk melihat perspektif berbeza terhadap masalah yang sama. Anda mencari keharmonian dan keseimbangan dalam kehidupan anda. Anda menjalin persahabatan yang berkekalan dan rakan-rakan anda benar-benar menghargai kejujuran dan pendapat anda yang berterus-terang. Anda mungkin lebih menyukai rutin dan jaminan berbanding terlalu banyak pengalaman baru. Kehidupan mungkin terasa agak membosankan pada ketika ini. Alangkah bagusnya jika anda dapat meraih keyakinan untuk melakukan peralihan dan mengubah rutin kehidupan anda. Sebagai Penyelaras (Harmonizer), penting untuk anda belajar mempercayai gerak hati anda dan tahu yang segala-galanya akan mendatangkan hasil yang terbaik. Ia juga penting untuk menerima sisi spontan anda dan mengatakan ya kepada pengalaman baru dari semasa ke semasa. Kadang kala satu-satunya perkara yang anda perlukan ialah satu cabaran atau perubahan senario. Pastikan anda mempunyai keyakinan untuk memperuntukkan waktu yang tenang untuk renungan bagi diri anda - walau sesibuk mana pun jadual anda. Keyakinan anda terhadap masa depan merupakan anugerah indah yang memberikan anda kekuatan dan sokongan dalam segala yang anda lakukan. Melupakan segala-galanya dan membiarkan diri anda bebas dalam dunia lain apabila anda mempunyai sedikit waktu rehat memang tiada tandingannya. Memberi peluang kepada badan dan fikiran anda untuk berehat dan pulih adalah sangat penting, dan ia lebih baik jika diiringi dengan lagu-lagu hebat daripada filem. Anda seorang yang fokus dan berazam, dan juga bercita-cita tinggi. Anda tahu apa yang anda inginkan daripada kehidupan, dan anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk mencapainya. Anda bersedia untuk bekerja keras untuk sampai ke tempat yang anda ingin tuju, cuma jangan lupa untuk mengangkat kepala anda sekali sekala dan menikmati pemandangan sewaktu anda bergerak pantas. |