Hi there , its me 💖
![]() Heyy thanks for the reading ♡ ![]() Credits
Edited By Nayli Izzati Others ♡ ![]()
| mungkin .... on Saturday, 5 April 2014 @ 02:29
Assalamualaikum ,Mungkin .. Never give up ! Benda tu yang akan membuatkan kita kuat . Am i right ? Never Give Up ! Haritu , aku punya masalah . Tak tertanggung rasanya jiwa ni . Perasaan apatah yang tiba-tiba melanda . Yang tiba-tiba menghantui . Sampaikan aku rasa kadang-kadang aku ni takberguna kepada siapa-siapa terlebih lagi kepada orang yang aku sayang . Masatu , rasa seperti orang yang tiba-tiba akan menemui ajal pada detik seterusnya . Apabila aku sudah merasakan sebegitu pastinya airmata sudah mengalir . Semua yang aku sayang sudah aku bayangkan . Seorang seorang berlayar diminda . Di fikiran , " Ya Allah , aku takkuat menghadapi semua ini berseorangan . Andai ini ujian untukku , aku pasrah . Terpaksa aku merelakan . Andai yang aku sayang tiada hal apa lagi kepadaku , aku juga pasrah . Itu tidak aku rela padahalnya . Tapi ya Allah , ajarkanlah aku sesuatu yang boleh membuatkan aku tersenyum dan terus tertawa dihadapan semua orang . Biarkan aku terus ceria dihadapan mereka . Tidak ku ingin mereka melihatku bersedih , kerana aku merasakan aku hadir untuk memberi mereka kegembiraan . Ya Allah , kau tutupkanlah kesedihanku ini pabila bersama mereka . Tidak ku ingin mereka dibebani dengan masalahku . Apa yang harus ku buat ? Aku takkuat ." Disaat ini , sudah jenuh aku mengelap airmata . Aku takpunya kekuatan untuk tidak menangis . Mungkin ini sahaja caranya bagi seorang perempuan untuk meluahkan segala yang terbuku dihatinya dengan menangis . Ya , mungkin juga . Aku takpernah menyerah untuk terus mempertahankan pertalian ini . Tapi pada saat itu , tiada apa lagi yang boleh aku lakukan . Kerana aku dah tak kuat . Aku dah tak kuat untuk memaksa diri ini terus bersalut dengan keceriaan seperti kebiasaannya . Haritu , aku hampir menyerah . Hampir . Sudah dapat ku rasakan bagaimana hidupku selepas itu . Tetapi , alhamdulillah , segalanya berakhir dengan penuh kegembiraan . Aku takut ia berulang lagi . Akan kupastikan ia takkan berulang lagi . Jangan pernah berputus asa . |