Welcome to My Blog
FOLLOW
Home
Author
Stuffs
Credits
Extra
Hi there , its me 💖

Heyy thanks for the reading ♡


-
Credits
Template PikaChan
Edited By Nayli Izzati

Others ♡

tabah on Saturday, 10 January 2015 @ 23:13
Assalamualaikum . Selamat malam 😊

Waktu aku tulis catatan pada blog ni , perasaan aku berbagai bagai . Aku buntu . Keliru . Takdapat tahan sebak hati ni . Banyak dugaan dalam hidup ini . Aku ingat tahun baru boleh buat hidup kembali ceria . Tapi entah . Ya Allah , kau mudahkanlah bibir ini sentiasa tersenyum di khalayak ramai .

Sudah mula aku melakukan kewajipan ku sebagai seorang muslimah . Selama ini aku lalai . Aku mula isi kembali kekosongan tu . Dengan solat . Selama ni banyak lubanglubang aku tinggal tentang solat . Tuhan , teruskanlah hasrat hati ini untuk terus berdamping dengan Mu .

Allah , isikan juga hati ini dengan ketabahan . Sesungguhnya aku taksanggup kehilangan . Aku taksanggup . Tapi ya Allah , aku takboleh hidup dengan orang yang terus selalu merindui kehidupan lama dia , terus merindui orang yg pernah dia sayang . Aku menangis lagi atas sebab ini . Perlukah ?

Jujur , aku rindu dia . Dia yang lama . Aku taksuka dibandingkan dengan yang lain . Banyak ujianmu untuk aku . Aku tahu , kau berikan ujian ini kepada aku sebab kau tahu aku mampu menghadapinya . Aku tak mampu nak teruskan . Sungguh ! Aku sakit hati . Jauh , makin jauhh . Bukan aku sengaja tak msg dia dulu , aku nak tengok sejauh mana dia ingat aku . Tapi aku , hm entah lah .

Aku tak kuat . Tak kuat . Aku takut aku hilang diri aku yang sebenar . Aku bukan seorang yang senang menangis . Bukan senang . Ya allah , kau permudahkanlah hidup aku seharian . Aku gembira kerana sudah ada yang mengingatkan aku tentang solat , aku sedang berusaha untuk penuhkan 5 waktu sehari . Lancarkan lah segalanya .

Aku berserah . Aku mengalah . Kalau macam ni jalan hidup aku , ya allah aku mohon kau tabahkan lah hati ini . Kau kuatkan dia . Aku sayang dia . Aku faham , dia susah untuk melepaskan yang lama . Aku takboleh buat apa lagi . Kenangan , memang sukar untuk dihapuskan .

Rabbi , betul ke apa yang aku buat ni ? Aku jauhkan diri dari dia . Tapi ternyata dia semakin teringat kenangan lama . Atau aku harus jauhkan diri lebih lama ? Atau mungkin selamanya ? Aku buntu . Aku rindu dia . Rindu sangat .

Ya allah , aku mohon . Hiasi hidup dia dengan keriangan serta kebahagiaan untuk semua yang dilaluinya . Jangan biarkan dia derita dengan kenangan . Aku takmampu melihat . Permudahkan segala urusannya . Kuatkan dirinya untuk menempuh cabaran yang bakal mendatang . Tak apa kalau aku tak ada pada masa depan dia . Aku sudah cukup bahagia kerana dapat mengenali dia , seorang yang baik hati , aku senang dengan sikap dia . Dia rindu kenangan lama . Permudahkanlah lagi urusannya agar dapat bersama dengan kenangan lama itu terus menjadi realiti pada masa depan . Aku suka tengok dia tersenyum ketawa .

Untuk aku pula , kau hiaskan bibir ini dengan senyuman yang tak henti , kau teruskanlah sinar dalam mata ini . Aku taknak orang curiga dengan perasaan saat ini . Aku bahagia bila semua yang aku sayang bahagia . Jangan kau ketarakan diri ini yang sedang bersedih apabila aku dikhalayak ramai .

Semoga aku terus tabah menghadapi ujianmu serta hari hari mendatang . Senyumlah amani sayang walau hati sedang menangis , takdir , kita takdapat menolak . Cari bahagia kau sendiri amani . Carilah dengan senyuman . Semoga teeus tersenyum amani sayang 💕


â—€ â–¶